Penjelasan Mengenai Waktu Proses
Kebanyakan agen mana mana koperasi membuat promosi menyatakan tempoh pemprosesan sehingga mendapat jumlah pinjaman adalah 3-5 hari. Ya betul, memang itulah sebenarnya tempoh biasa untuk prosedur mendapatkan pinjaman sekiranya semuanya berjalan dengan lancar. Tempoh perlu dikira bermula pada tarikh borang lengkap diterima oleh koperasi.

Banyak faktor faktor yang menyebabkan pinjaman lambat dikeluarkan. Antaranya ialah dari sudut agen di mana terdapat juga agen agen memegang borang terlalu lama sehingga melambatkan koperasi untuk memproses pinjaman daripada client. Dari sudut koperasi pula terkadang semasa proses ada kalanya terdapat kesilapan yang perlu diperbetulkan semula oleh pelanggan , pihak koperasi terpaksa menguruskan semula dengan pemohon. Manakala dari sudut bank pula kelambatan boleh berlaku sekiranya terdapat kesilapan selepas koperasi menghantar borang permohonan. Untuk makluman kebiasaannya koperasi akan menghantar borang permohonan secara berkumpulan. Sekiranya terdapat satu kesilapan pada salah satu borang dalam kumpulan tersebut pihak bank akan menolak kembali kesemua permohonan dalam kumpulan tersebut utk koperasi membuat pemeriksaan semula.

Kesimpulannya manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Saya sebagai salah seorang agen KOWAMAS akan berusaha sedaya upaya akan memberi khidmat yang terbaik untuk anda.
0 Responses