Keterangan gaji
Rata rata masih ramai lagi yang keliru dengan istilah gaji yang digunakan. Kesilapan memberi maklumat gaji akan menyebabkan kesilapan dari segi kiraan kasar untuk kelayakan pinjaman.

Gaji Pokok ialah gaji asas yang diperolehi pada setiap bulan.

Elaun Tetap ialah elaun yang diperolehi setiap bulan tidak termasuk elaun memangku, elaun lebih masa , tunggakan gaji dan bonus.

Gaji Kasar ialah jumlah Gaji Pokok dan kesemua elaun tetap atau tidak tetap diperolehi pada bulan tersebut.

Gaji Bersih adalah jumlah Gaji Kasar setelah ditolak dengan POTONGAN TETAP pada setiap bulan.

0 Responses