Anda teraniaya ? Suarakan terus kepada SKM
Anda sukar untuk mendapatkan settlement statement dari koperasi yang anda buat pinjaman? Saya dapati ramai pemohon yang menghadapi kesukaran seperti tidak dilayan apabila mereka ingin memohon penyata penyelesaian awal. Tak kurang juga ada agensi yang mengenakan jumlah penyelesaian yang tinggi yang melampau.

Sila buat aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.






Alamat:
Ibu Pejabat
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Tingkat 5-7, Blok J,
Pusat Bandar Damansara,
50608 Kuala Lumpur


No. Telefon:
03-2081 2400

No. Fax:
03-2093 5026




Layari laman web http://www.skm.gov.my/ utk maklumat lanjut atau anda boleh berkunjung terus ke cawangan SKM berdekatan anda http://www.skm.gov.my/branch
Soalan Lazim
Apakah syarat-syarat untuk menjadi anggota koperasi?
a) Warganegara Malaysia.
b) Telah mencapai umur lapan belas tahun.
c) Bukan seorang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar tidak upaya dari segi mental, bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
d) Membayar fi masuk sebanyak RM 50.00 (ahli bersekutu).

Siapakah KOWAMAS?
KOWAMAS (Koperasi Wawasan Malaysia Berhad) adalah sebuah koperasi berdaftar dibawah Akta Koperasi 1993.

Siapakah yang layak memohon pembiayaan KOWAMAS?
Ahli dan bakal ahli KOWAMAS yang berkhidmat disektor kerajaan dan badan berkanun, yang berusia diantara18-56 tahun, berjawatan tetap dan ber-khidmat melebihi 6 bulan.

Berapakah jumlah pembiayaan maksimum dan minimum?
Pembiayaan maksimum adalah RM 150,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60 peratus. Pembiayaan minimum ialah RM 5,000.00.

Bagaimanakan cara permohonan boleh dibuat?
Permohonan pinjmanan boleh dibuat secara on-line melalui e-borang di laman web kami ataupun melaui agen kami diseluruh Negara. Sila hubungi nombor agen kami sebagaimana yang tertera di laman web.

Adakah pembiayan ini selaras dengan hukum syariah?
Ya. Pembiayaan ini adalah selaras dengan semua peruntukan syariah.

Adakah pembiayan ini selaras dengan undang-undang kerajaan?
Ya. Pembiayaan ini adalah selaras dengan semua peruntukan undang-undang kerajaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan?
Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60 Peratus daripada gaji kasar, termasuk elaun-alaun tetap.

Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap?
Semua jenis elaun/imbuhan yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Sebagai contoh : elaun khidmar awam, elaun perumahan, elaun wilayah, elaun keraian, elaun kritikal, elaun khas kementerian dan lain-lain.

Apakah pemohon perlu membayar kesemua caj yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan?
Tidak .Kesemua caj tersebut akan dipotong dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Bolehkah pembiayaan ini digunakan untuk menyelesaikan tanggungan lain?
Boleh, Sila sertakan penyata baki tanggungan semasa pemohon semasa membuat permohonan. Bagaimanapunia tertakluk kepada jumlah potongan gaji yang baru di mana ia tidak melebihi kadar 60 peratus yang ditetapkan.

Berapa peratuskah jumlah bersih pinjaman yang akan diterima oleh pemohon?
Pemohon akan mendapat 85.5% sehingga 86% daripada jumlah keseluruhan pinjaman setelah ditolak fi masuk, fi proses, insuran, dan setem duti dan lain-lain caj seperti yang ditetapkan dari masa kesemasa.

Berapakah tempoh pemprosesan pembiayaan ini?
Tempoh pemprosesan ialah selama 3 hari bekerja. Setiap permohonan akan dimaklumkan samada diluluskan atau tidak dalam tempoh tersebut.

Bilakah pengeluaran boleh dibuat?
Pengeluaran akan dibuat dalam mada 2 hari bekerja selepas kelulusan diterima dan semua surat penjanjian telah disempurnakan. Pengeluaran yang melibatkan pembayaran penyelesaian pinjaman lama akan bergantung kepada secepat mana penyata baki pinjaman tersebut diperolehi.

Bagaimanakah cara pengeluaran dibuat?
Pengeluaran akan dibuat dengan mengkreditkan akaun peminjam seperti yang dimaklumkan oleh peminjam.

Adakah “blacklist” boleh memohon?
Blacklist juga boleh memohon, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tambahan. Sila rujuk kepada agen jualan untuk maklumat lanjut.

Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan?
Tempoh adalah dari 12 bulan sehingga120 bulan

Bolehkah penyelesaian pembiayaan dibuat sebelum tempoh sebenar?
Ya. Penyata baki penjaman untuk penyelesaian boleh diminta daripada koperasi pada bila-bila masa dalam tempoh pembiayaan tersebut.

Adakah penyelesaian pembiayaan melibatkan apa-apa kos tambahan?
Tiada.

Berapakah kadar keuntunggan pembiayaan?
Kadar keuntunggan adalah dari 5.53% setahun.

Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini?
Bayaran balik adalah melalui potongan gaji bulanan melalui Biro Perkhidmatan Angkasa

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan ini?
Dokumen yang diperlukan adalah 3 salinan kad pengenalan, 3 salinan surat beranak (PDRM sahaja), 1 bulan slip gaji asal terkini dan 3 salinan setiap bulan terkini (semua dokumen perlu pengesahan majikan) dan penyata penyelesaian awal (jika berkaitan)
Penjelasan Mengenai Waktu Proses
Kebanyakan agen mana mana koperasi membuat promosi menyatakan tempoh pemprosesan sehingga mendapat jumlah pinjaman adalah 3-5 hari. Ya betul, memang itulah sebenarnya tempoh biasa untuk prosedur mendapatkan pinjaman sekiranya semuanya berjalan dengan lancar. Tempoh perlu dikira bermula pada tarikh borang lengkap diterima oleh koperasi.

Banyak faktor faktor yang menyebabkan pinjaman lambat dikeluarkan. Antaranya ialah dari sudut agen di mana terdapat juga agen agen memegang borang terlalu lama sehingga melambatkan koperasi untuk memproses pinjaman daripada client. Dari sudut koperasi pula terkadang semasa proses ada kalanya terdapat kesilapan yang perlu diperbetulkan semula oleh pelanggan , pihak koperasi terpaksa menguruskan semula dengan pemohon. Manakala dari sudut bank pula kelambatan boleh berlaku sekiranya terdapat kesilapan selepas koperasi menghantar borang permohonan. Untuk makluman kebiasaannya koperasi akan menghantar borang permohonan secara berkumpulan. Sekiranya terdapat satu kesilapan pada salah satu borang dalam kumpulan tersebut pihak bank akan menolak kembali kesemua permohonan dalam kumpulan tersebut utk koperasi membuat pemeriksaan semula.

Kesimpulannya manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Saya sebagai salah seorang agen KOWAMAS akan berusaha sedaya upaya akan memberi khidmat yang terbaik untuk anda.
Dokumen lengkap
Berikut adalah dokumen lengkap untuk permohonan :

1. Borang Permohonan ( diberikan selepas anda layak)
2. 3 salinan kad pengenalan
3. 1 bulan slip gaji asal terkini beserta 3 salinan (perlu pengesahan majikan)
4. 3 salinan slip gaji 2 bulan terkini (semua dokumen perlu pengesahan majikan)
5. 3 salinan surat beranak (PDRM sahaja)
6. Bil utiliti seperti bil air, bil telefon, bil elektrik (utk pengesahan alamat)
7. Penyata penyelesaian awal (jika melibatkan overlap loan)

PENTING : SEMUA SALINAN PERLU DISAHKAN MAJIKAN
Keterangan mengenai loan overlapping
Overlap loan bermaksud penyelesaian pinjaman sedia ada yang telah dibuat oleh pemohon. Sekiranya pemohon mempunyai hutang terkini seperti ansuran kereta, kredit kad atau telah membuat pinjaman dengan institusi lain, pihak akan membuat kiraan semula untuk menyelesaikan pinjaman tersebut. Oleh kerana syarat yang diperuntukan oleh biro angkasa adalah 60% dari jumlah gaji kasar sebulan adalah jumlah yang layak.
Sebagai contoh sekiranya gaji anda adalah sebanyak RM 3000 sebulan maka hanya RM 1800 layak untuk potongan. Sekiranya anda telah menggunakan kesemua 60% , kami akan cuba menyelesaikan masalah anda dengan menyelesaikan kesemua hutang anda.

KEBAIKAN UNTUK ANDA :

1. dapat mengurangkan kadar faedah yang anda tanggung
2. mengumpulkan kesemua hutang anda menjadi satu di bawah kadar faedah yang lebih rendah dan tetap.
4. kemungkinan anda akan mendapat rebat serta meringankan beban anda yang sedia ada
5. akhir sekali mengurangkan pening kepala dan anda boleh tersenyum kembali :D

KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA, PENGGUNA YANG BIJAK IALAH PENGGUNA YANG PANDAI MENGURUSKAN MASALAH HIDUPNYA!!
Mengenai Payout KOWAMAS
Mana mana pembiayaan akan mengenakan caj untuk setiap permohonan. Setiap koperasi mempunyai berbeza dari segi caj antara 10% - 20%. KOWAMAS memberi payout sebanyak 85% dari jumlah pembiayaan . Caj 15% tersebut adalah merangkumi

* Pembiayaan Liabiliti & risiko koperasi 2.0%
* Pembayaran Koperasi 4.5%
* Bayaran Perkhidmatan 8.5%





Pembiayaan diatas termasuklah kos untuk menanggung bayaran

* Caj guaman dan cukai setem
* Pengurusan pemotongan gaji bulanan
* Dana koperasi untuk khairat kematian
* Insuran Takaful di mana waris tidak menanggung baki pinjaman sekiranya berlaku kematian
* Caj perkhidmatan koperasi

Antara kelebihan KOWAMAS

- Plan Tabbaru' Kematian Keluarga Berkelompok
Kematian RM 18 000
Keilatan Kekal Menyeluruh RM 3750
Khairat Kematian RM 1000
- Tabung Simpanan
- Tabung Pendidikan
Keterangan gaji
Rata rata masih ramai lagi yang keliru dengan istilah gaji yang digunakan. Kesilapan memberi maklumat gaji akan menyebabkan kesilapan dari segi kiraan kasar untuk kelayakan pinjaman.

Gaji Pokok ialah gaji asas yang diperolehi pada setiap bulan.

Elaun Tetap ialah elaun yang diperolehi setiap bulan tidak termasuk elaun memangku, elaun lebih masa , tunggakan gaji dan bonus.

Gaji Kasar ialah jumlah Gaji Pokok dan kesemua elaun tetap atau tidak tetap diperolehi pada bulan tersebut.

Gaji Bersih adalah jumlah Gaji Kasar setelah ditolak dengan POTONGAN TETAP pada setiap bulan.

Senarai kelayakan pemohon
Saya menerima banyak pertanyaan melalui SMS dan email, ramai yang masih tidak mengetahui tentang majikan yang layak dan jugak tidak layak untuk memohon. Berikut adalah senarai majikan antara senarai majikan layak dan tidak layak untuk membuat pembiayaan menggunakan potongan biro angkasa. Untuk lebih jelas sila rujuk senarai dibawah. Kepada yang tidak tersenarai sila ajukan pertanyaan melalui email atau SMS.



MAJIKAN YANG LAYAK

1. Semua Kakitangan Kementerian dan Jabatan Kerajaan

2. Semua kakitangan

* LHDN
* KWSP
* PERKESO
* Tabung Haji
* MARA
* FAMA
* FELCRA
* MPOB
* Lembaga-lembaga
* Majlis Agama
* Majlis Peperiksaan
* Muzium
* Perpustakaan
* FINAS

3. Semua Kakitangan Kementerian Pertahanan (awam sahaja) yg bekerja dengan tentera tetapi tidak mempunyai Kad Pengenalan Tentera ( T XXXXXXX )

4. Semua Guru yang berjawatan tetap

5. Semua Kakitangan hospital awam

6. Semua Kakitangan IPTA (kecuali pensyarah)

7. Kerani ke atas untuk:

* Pejabat Tanah/Daerah
* Majlis Perbandaran
* Kerjaan Tempatan
* SYABAS
* Lembaga Air Kelantan / Perak / Johor
* LKIM
* MADA
* FAMA
* LLM
* CIDB
* PLUS
* RISDA
* MARDI
* MARDEC
* SIRIM
* FELCRA
* Yayasan Negeri Melaka / Johor / Selangor

MAJIKAN YANG TIDAK LAYAK

1. Pekerja di sektor swasta / korporat walaupun syarikat mempunyai Biro Potongan Angkasa ( BPA )
2. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
3. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
4. Malaysia Airlines System (MAS)
5. Petronas serta anak syarikat
6. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
7. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB )
8. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
9. Guru KAFA kecuali yang mempunyai penyataan GAJI POKOK pada slip gaji )
10. Guru KEMAS
11. Guru Sandaran
12. Kakitangan Pejabat Kedutaan Asing
13. Guthrie Berhad


PINJAMAN UNTUK TENTERA

Angkatan Tentera tidak boleh membuat pinjaman juga overlap pinjaman kecuali dengan Koperasi Tentera dan juga pinjaman melalui Koperasi Perumahan Angkatan Tentera ( KPAT ). Kepada tentera yang ingin menggunakan modal untuk urusan pinjaman saya boleh menguruskan pinjaman KPAT. Sila email atau SMS TTP dan Gaji Bersih.
Kira Sendiri Kelayakan
Secara kasar anda boleh mengira sendiri kelayakan anda.

KIRAAN TANPA OVERLAP LOAN ASAL

Baki layak untuk meminjam = [(Gaji Pokok + Elaun Tetap) x 0.6] - Potongan Tetap

Sebagai contoh

Gaji Pokok + Elaun Tetap = RM 2890

( 60% = 1734)

Potongan Tetap = RM 1200

Jumlah baki RM 537



Rujuk jadual di sini

dengan baki RM 537 anda layak untuk memohon

RM 10 000 utk 2 tahun potongan bulanan RM 457.50
RM 20 000 utk 5 tahun potongan bulanan RM 425.50
RM 40 000 utk 10 tahun potongan bulanan RM 517.67
RM 50 000 utk 15 tahun potongan bulanan RM 508.19

Untuk mana mana gaji yang potongan sudah melebihi 60% kiraan adalah lebih kompleks dengan mengambil kira pinjaman sedia ada. ( Overlap loan )
Untuk lebih terperinci anda boleh rujuk Penyata Penyelesaian Awal untuk mengira kelayakan pinjaman.

Email kami untuk lebih lanjut
Tempoh dapat pinjaman
Untuk makluman pengunjung blog saya , mengikut pengalaman saya sebagai agen KOWAMAS, setakat ini tempoh dapat wang adalah 5 hari selepas borang permohonan skim e wawasan di terima oleh bahagian proses.

Secara ringkasnya proses permohonan Skim E Wawasan adalah seperti dibwh ...

SAYA TERIMA BORANG DARI PEMOHON - 1 HARI
terima dari posmen atau serahan tangan
saya ambik masa sehari utk buat pra pemeriksaan dokumen

BORANG PERMOHOHAN DISERAHKAN KEPADA KOWAMAS 1 HARI
Permohonan akan dihantar ke bahagian serahan
borang dan dokumen diperiksa oleh KOWAMAS

BAHAGIAN PROSES MEMBUAT KIRAAN KELAYAKAN 2 HARI
kira-kira kelayakan sebenar
hubungi agensi terlibat
hubungi pemohon utk pengesahan
key in dalam sistem

BANK TERIMA PERMOHONAN 2 HARI
sahkan permohonan
persediaan utk disburse duit
semak akaun bank sama ada aktif atau tidak

Senang cakap 5 - 10 hari waktu bekerja

antara sebab2 lambat proses

* dokumen tak lengkap
* terlalu banyak permohonan diterima
* fund tak cukup ... eheheheheh
* dan lain lain lagi ...

kita hanya merancang , tuhan yang menentukan

Tips Untuk Bakal Pemohon
BEBERAPA PERKARA YANG PERLU SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN

1. Pastikan anda adalah pekerja kerajaan ataupun badan berkanun
2. Berstatus kerja TETAP dan sudah mempunyai slip gaji dari majikan selama 3 bulan berturut turut
3. Bagi pekerja TETAP yang telah bertukar tempat kerja sila pastikan anda telah mempunyai 3 bulan slip gaji dari majikan baru.
4. Pastikan anda tidak membuat mana mana pinjaman dalam tempoh 3 bulan sebelum.
5. Untuk pemohon yang overlap pastikan anda mengetahui jumlah penyelesaian pinjaman lama, sila dapatkan Penyata Penyelesaian Awal dari agensi yang berkaitan.
6. Utk Pekerja TNB sila pastikan tiada tunggakan dalam potongan Biro Potongan Angkasa anda.
7. Sekiranya anda blacklist, pastikan ianya tidak melebihi RM 25 000 tetapi anda boleh memohon sekiranya anda berniat untuk menyelesaikan hutang blacklist anda.
8. Jika anda mempunyai tunggakan di MAYBANK anda perlu mendapatkan penyata tunggakan tersebut. Anda layak memohon tetapi tunggakan di MAYBANK akan dipotong terus dari pembiayaan anda.
9. Anda tidak memiliki kad pengenalan tentera, anda layak memohon sekiranya anda seorang pekerja dibawah Kementerian Pertahanan yang berstatus orang awam.


SEMASA MENGISI BORANG

* Dinasihatkan anda membaca terlebih dahulu panduan yang telah dikepilkan bersama borang
* Pastikan borang anda diisi dengan menggunakan pen berdakwat HITAM
* Sila semak dokumen anda sebelum mengembalikan borang tersebut kepada saya


DOKUMEN YANG PERLU

* Borang Pembiayaan E Wawasan
* 3 salinan kad pengenalan (disahkan majikan)
* 3 salinan slip gaji 3 bulan terkini berturut turut (disahkan majikan)
* 1 salinan slip gaji asal untuk bulan sebelum permohonan
* 1 Salinan muka depan buku bank
* 1 salinan surat option pencen ( jika berkaitan)
* Penyata penyelesaian awal terkini ( jika berkaitan)


Setelah borang diterima saya akan mengesahkan status permohonan anda. Pihak koperasi tidak akan menghubungi pemohon sehinggalah borang anda di terima dibahagian pemprosesan.

Sekiranya prosedur di atas dipenuhi, Insya allah permohonan anda akan lulus dgn jayanya.
Jadual-Pembayaran-E-Wawasan



Klik pada imej untuk lebih jelas
keratan akhbar dari utusan malaysia Oct 18, 2009
Sasar pinjaman RM300 juta
Oleh AMIRUL AFIQ MASTOR
bisnes@utusan.com.my




PETALING JAYA 18 Sept. - Bermula daripada sebuah koperasi yang kecil seramai 100 orang untuk menjaga kebajikan pekerja sebuah ladang di Kuala Kerai, Kelantan, Koperasi Wawasan Malaysia Bhd. (Kowamas) akhirnya berkembang pesat.
Kini, koperasi yang ditubuhkan pada 1996, mempunyai modal pusingan tahunan sebanyak RM300 juta.
Daripada asalnya, menjalankan aktiviti pertanian sara diri, Kowamas kemudian menceburi perniagaan berteraskan kewangan tanpa berpaling lagi ke belakang.
Setelah berlaku perubahan dalam barisan pengurusan pada tahun 2007 dan perpindahan pejabat dari Kelantan ke Kelana Jaya, Selangor setahun selepas itu, Kowamas terus berkembang dengan merancang pengenalan produk-produk baru.
Koperasi itu akhirnya melancarkan produk pertama iaitu e-Wawasan dengan kerjasama Malayan Banking Bhd. (Maybank) pada Ogos 2008.
e-Wawasan merupakan produk pinjaman peribadi berlandaskan prinsip Islam, Al-Innah yang disediakan kepada ahli Kowamas dengan bayaran balik dibuat secara potongan gaji.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mohamed Farid Zawawi berkata, setelah setahun pelancaran produk tersebut, sambutan amat baik diterima oleh ahli-ahli Kowamas.
''Setakat ini, syarikat mempunyai 5,000 ahli dan jumlah pinjaman yang dikeluarkan sebanyak RM200 juta,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kebanyakan ahlinya kini terdiri daripada kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun yang ingin mendapatkan pinjaman peribadi.
Mohamed Farid berkata, pada tahun ini, Kowamas menyasarkan jumlah pinjaman bagi produk e-Wawasan sebanyak RM300 juta dan setakat lapan bulan pertama ini mencatatkan jumlah pinjaman sebanyak RM170 juta.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, koperasi itu menyasarkan keuntungan sebanyak RM3 juta bagi tahun ini.
Katanya, pihaknya masih berada dalam landasan untuk mencapai sasaran tersebut dengan jumlah keuntungan sehingga Ogos tahun ini adalah sebanyak RM1.8 juta.
Mohamed Farid berkata, syarikat itu yakin dapat mencapai baki sebanyak RM1.2 juta dalam tempoh empat bulan terakhir tahun ini.
Sebagai sebuah koperasi, Kowamas amat menitik beratkan kebajikan ahlinya dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap ahlinya.
Bagi tahun lalu sahaja, Kowamas memberikan dividen sebanyak 30 peratus kepada setiap ahlinya yang membayar hanya RM200 untuk menyertai koperasi itu.
Menurut Mohamed Farid: ''Kami akan berusaha agar pada tahun hadapan jumlah dividen yang diberikan kepada ahli dijangka meningkat lebih tinggi berbanding tahun ini.
''Kami merupakan antara koperasi yang menawarkan dividen tertinggi kepada ahlinya walaupun baru beroperasi jika dibanding dengan koperasi lain,'' kata beliau.
Mengenai rancangan masa hadapan syarikat, beliau berkata, Kowamas akan melancarkan produk terbarunya iaitu produk Ar-Rahnu yang merupakan pajak gadai secara Islam seperti mana yang ditawarkan oleh Bank Rakyat.
Katanya, pengenalan produk baru itu pada awal tahun depan akan dilakukan dengan kerjasama bank koperasi yang terbesar di Malaysia, Bank Rakyat.
Menurut beliau, sejumlah RM40 juta akan dilaburkan untuk memperkenalkan produk tersebut dengan perkongsian 80 peratus dari Bank Rakyat dan 20 peratus daripada Kowamas sendiri.
Mohamed Farid berkata, syarikat akan membuka empat buah cawangan bagi produk Ar-Rahnu di Kota Bahru, Johor Bahru, Perak dan Pahang, masing-masing mempunyai modal sebanyak RM10 juta.
Mengenai produk e-Wawasan pula, beliau berkata, Kowamas akan menambah tiga lagi cawangan iaitu di Johor Bahru, Sungai Petani dan Kuantan menjadikan kesemuanya tujuh buah.
''Kesemua cawangan yang akan dibuka di ketiga buah tempat tersebut akan mula beroperasi sebelum akhir tahun ini,'' katanya.
Mengulas tentang prestasi keseluruhan syarikat beliau berkata, syarikat itu menjangkakan kadar pertumbuhan sebanyak 30 peratus bagi 10 tahun akan datang mulai tahun depan.
Katanya, jangkaan tersebut berpandukan kepada keadaan semasa syarikat yang dilihat begitu mantap serta pelancaran produk baru pada tahun hadapan.
Mohamed Farid, menambah, keyakinan itu berdasarkan jangkaan meningkatnya permintaan berikutan keadaan ekonomi yang semakin pulih.

rujukan : http://www.utusan.com.my/
KADAR KEUNTUNGAN SKIM eWAWASAN KOWAMAS
* Tempoh pembiayaan 1 - 2 tahun = 4.99%
* Tempoh pembiayaan 3 - 10 tahun = 5.53%
* Tempoh pembiayaan 11 - 15 tahun = 5.99
%




KELEBIHAN

* Dokumen Yang Ringkas
* Tanpa Cagaran, Tanpa Penjamin
* Bayaran Balik Sehingga 15 Tahun
* Kelulusan Cepat ( 7 Hari)
* Pembiayaan Islamik Al Inah
* Umur 19 Tahun Keatas & Berkhidmat Lebih 3 Bulan
* Potongan Melalui Biro Angkasa Selepas 3 Bulan
* CTOS / CCRIS & Blacklist Layak Memohon
* Penyelesaian Pinjaman sedia ada ( Overlap )
* Payout 85%

KELAYAKAN DAN SYARAT

* Kakitangan Kerajaan Dan Badan Berkanun SAHAJA
* Berumur dari 18 hingga 57 tahun
* Berjawatan TETAP serta berkhidmat melebihi 3 bulan
* Bayaran balik secara potongan gaji melalui Biro Angkasa
* Gaji Pokok Serendah Rm800 Layak Memohon

PERLU SUSAHKAN DIRI DATANG KE PEJABAT. URUSAN BOLEH DIBUAT SECARA POS.

mengapa pilih skim yang tinggi sedangkan kami menawarkan skim pembiayaan dgn kadar pembiayaan yang rendah. mohon sekarang!!!

SELAMAT DATANG
UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN & BADAN BERKANUN

( tiada permohonan utk tentera dan swasta)
PEMBAYARAN MELALUI POTONGAN GAJI

BLACKLIST / CTOS / CCRIS / KOMITMEN TINGGI SEMUANYA LAYAK MEMOHON

KADAR PEMBIAYAAN (%) DARI KOPERASI KAMI ADALAH YANG TERENDAH DI PASARAN

Pembiayaan Peribadi Sehingga RM150,000 Selama 15 tahun
Latar Belakang KOWAMAS
Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas) (dahulunya dikenali sebagai Koperasi Lepan Kabu Berhad) telah ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada tahun 1998. Penglibatan awal koperasi dimasa itu adalah berkisar dalam perniagaan retail di Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan.

Pada penghujung 2007, sembilan (9) Ahli Lembaga baru telah dilantik untuk mengemudi jawatan-jawatan penting di dalam koperasi. Di bawah pengurusan Lembaga yang baru ini, koperasi telah berjaya membentuk arahtuju dalam mengembangkan dan memperbagaikan perniagaannya sejajar dengan objektif untuk pembangunan status ekonomi ahli-ahli disamping membantu Kerajaan mencapai visi dan misi kepada masyarakat Malaysia yang makmur dan majujaya.

Kowamas, nama komersial yang terbaru dalam pasaran, selaras dengan arahtuju operasi dan kepentingan perniagaannya telah mencapai persetujuan dengan sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia untuk mengujudkan skim pembiayaan peribadi kepada ahli-ahlinya dan telah juga mengenalpasti beberapa lokasi yang stratejik untuk pembangunan hartanah.

Disamping itu, Kowamas juga sedang di dalam peringkat rundingan terakhir untuk menceburi sektor pengangkutan, perladangan dan retail.
Koperasi Wawasan Malaysia Berhad
(Kowamas), formerly known as Koperasi Lepan Kabu Berhad was established in 1998 operating retailing business based in Kuala Krai and Kota Bharu in Kelantan.

In late 2007, nine (9) new Board Members were elected to the Board entrusted to hold key positions at the board level. Under this new stewardship, Kowamas is gearing towards broader milestone in its business objectives with clear conscience to assist and enhance the economic status of its members as well as supplementing the Government's vision, policies and efforts towards an inflation free Malaysia.

Kowamas, the new branding in the market, consistent with its renewed operation and business interest had made strategic tie-up with the biggest Bank in Malaysia to provide financial facilities to its members and had already identified a few strategic locations to venture into the property development market.